Followers

AHLAN WASAHLAN .. SEKALI SEKALA BUAT TA'RUF BAHASA ETEK ! HEHE ^.~


Sunday, 11 November 2012

3 GOLONGAN YANG MENUNTUL ILMU

Dan ketahuilah bahawa manusia di dalam menuntut ilmu ini terbahagi kepada tida keadaan.:



Pertama: Orang yang mencari ilmu untuk menjadikannya sebagai bekalan ke negeri akhirat maka dia tidak berniat dengan mencari ilmu kecuali hanya mendapat keredhaan Allah dan negeri akhirat. Maka orang ini termasuk di dalam golongan orang yang beruntung.



Kedua: Orang yang mencari ilmu untuk mendapatkan keuntungan yang segera (dunia) dan menadapatkan kemuliaan, pangkat dan harta benda, sedangkan dia sendiri menyedari hal ini dan merasakan di dalam hatinya akan kejahatan keadaan yang dialaminya dan kehinaan maksudnya. Maka orang ini adalah berada di dalam golongan yang berbahaya. Jikalau dia mati sebelum sempat bertaubat, maka dibimbangi ia akan mati dalam keadaan “su-ul khatimah” kemudiannya urusannya terserahlah kepada kehenadak Allah (kalau mahu dimaafkan atau diseksa). Tetapi jikalau dia mendapat taufik sebelum matinya lalu dia bertaubat dan sempat mengamalkan ilmu yang telah dituntutnya dan sempat pula membuat pembetulan terhadap apa yang tercedera dan tercuai. Maka bolehlah dia dikumpulkannya bersama golongan yang beruntung, kerana orang yang bertaubat daripada dosanya sama seperti orang yang tidak berdosa.



Ketiga: Orang yang telah dikuasai oleh syaitan maka ia menjadikan ilmu yang dituntutnya itu sebagai alat untuk menghimpunkan harta benda dan bermegah-megah dengan kedudukan dan merasa bangga dengan ramai pengikutnya. Dia menggunakan ilmu yang dituntut itu untuk mencapai segala hajatnya dan untuk mengaut keuntungan dunia. Walaupun demikian, dia masih terpedaya lagi dengan sangkaannya bahawa dia mempunyai kedudukan yang mulia di sisi Allah kerana dia masih lagi pada zahirnya menyerupai para ulama. Dia bercakap seperti percakapan ulama dan berpakaian seperti ulama, pada hal zahir dan batinnya penuh dengan tamak haloba dalam menghimpun kekayaan dunia. Orang yang seperti ini termasuk dalam golongan orang yang binasa, jahil dan tertipu dengan helah syaitan dan sangat tipis harapan untuk ia bertaubat kepada Allah kerana dia telah menyangka bahawa dirinya termasuk di dalam golongan orang yang baik, pada hal ia telah lupa akan firman Allah Taala: yang bermaksud;



“Wahai orang yang beriman, kenapa kamu memperkatakan barang yang tidak kamu amalkan?”

(Surah Al-Syaf, ayat 2)



Dan orang ini sebenarnyan termasuk dalam golongan yang dimaksudkan oleh Rasulullah s.a.w. dalam sabdanya: yang bermaksud;



“Selain daripada Dajjal ada satu perkara yang sangat aku bimbangkan lebih daripada Dajjal?. Lalu ada orang yang bertanya: Apakah itu wahai Rasulullah? Nabi s.a.w menjawab: Mereka ialah Ulama Su’ yakni ulama yang jahat.”


p/s= Ya Allah,, berkatilah ilmu yang kami pelajari ini....kurNiakanlah kepada kami kefahaman agar kelak kami mudah untuk menimba dan mengamalkan ilmu-MU...amiin ya rabb ^^

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...