Followers

AHLAN WASAHLAN .. SEKALI SEKALA BUAT TA'RUF BAHASA ETEK ! HEHE ^.~


Saturday 25 May 2013

Bertudung atau Menutup Aurat? siapa pilihan lelaki?

"Aku tak nak kahwin dengan perempuan yang bertudung!"

"Haa? Kenapa?"

"Aku nak kahwin dengan wanita yang tutup aurat."

Alhamdulillah. Tersenyum hati mendengar jawapan yang serius itu. Tentunya jejaka tersebut seorang yang sangat menjaga diri dan kehidupannya. Pasti dia bukan calang-calang lelaki.

Bayangkanlah, pasangan hidup yang dipilih bukan sekadar bertudung tetapi lengkap menutup aurat. Dalam erti kata lain, dia sedar bahawa urusan perkahwinan bukanlah perkara yang remeh. Hanya insan yang mentaati Allah dan Rasul-Nya sahaja yang terpaut di hati untuk dijadikan permaisuri dalam istana rumah tangga.

Lihatlah di sekeliling kita. Apa yang berlaku dalam masyarakat Islam hari ini? Berapa ramai wanita yang bertudung? Pasti boleh dibilang dengan jari bukan? Tidak ramai. Yang bertudung pula, tidak semua menutup aurat dengan sempurna.

Buktinya? Kita boleh lihat dengan mata kepala kita sendiri. Mereka bertudung tetapi tidak labuh hingga menutupi dada. Pakaian pula ketat, singkat, tipis, malah ada yang berlengan pendek. Jelasnya, mereka hanya bertudung namun dalam masa yang sama tetap mendedahkan aurat.

Hayati kembali perintah Allah ini;

ا أَيُّهَا النَّبِيُّ قُل لِّأَزْوَاجِكَ وَبَنَاتِكَ وَنِسَاء الْمُؤْمِنِينَ يُدْنِينَ عَلَيْهِنَّ مِن جَلَابِيبِهِنَّ ذَلِكَ أَدْنَى أَن يُعْرَفْنَ فَلَا يُؤْذَيْنَ وَكَانَ اللَّهُ غَفُوراً رَّحِيماً

Wahai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin: "Hendaklah mereka melabuhkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka". Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal,maka mereka tidak akan diganggu. Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.[33:59]

Faktor inilah yang menyebabkan lelaki-lelaki yang beriman sangat memilih dalam soal pemilihan calon isteri. Bagi mukmin yang betul-betul hidup kerana Allah, dia pasti akan berfikir lima enam kali sekiranya diminta untuk memilih wanita yang 'bertudung tapi mendedahkan aurat'. Kemungkinan besar, permintaan wanita itu akan ditolak atau tidak dilayan.

Bagaimana pula dengan wanita yang langsung tidak bertudung? Di mana mereka di hati orang mukmin? Adakah mereka akan menjadi pilihan hati lelaki-lelaki yang bertaqwa? Sudah pasti tidak! Sedangkan yang bertudung pun masih diragukan dan ditolak ke tepi, apatah lagi yang langsung tidak bertudung? Pasti akan dibuang sejauh-jauhnya.

"Cerewet sungguh orang-orang mukmin!"

Ya.. memang cerewet! Hehee..

Pernah membeli makanan di kedai kuih? Mana satu yang menjadi pilihan, kuih yang dibungkus penuh, atau kuih yang dibungkus separuh? Atau yang langsung tidak berbungkus? Saya yakin kita akan memilih yang berbungkus penuh kerana keadaannya dijamin lebih baik dan bersih.

Begitulah juga dengan orang-orang mukmin. Mereka memang sangat memilih dalam hal ini. Bukan apa, kehidupan berumah tangga diwujudkan semata-mata untuk beroleh rahmat daripada Allah agar bahagia di dunia dan di akihirat. Andai tersalah pilih atau memilih mengikut nafsu, maka akan hilanglah bahagia dikemudian hari.

Lagipun Rasulullah SAW pernah berpesan kepada kita semua ;

"Wanita dinikahi kerana empat perkara; kerana hartanya, kerana kedudukannya/ keturunannya, kerana kecantikannya dan kerana agamanya. Maka, pilihlah yang baik agamanya nescaya engkau beruntung."[Riwayat Bukhari dan Muslim]

Rasulullah SAW ketika ditanya oleh para sahabat mengenai ciri wanita pilihan yang diperlukan oleh suami, Rasulullah SAW menjawab,

"Wanita yang menyenangkannya ketika dilihat. Wanita yang mentaatinya ketika disuruh, wanita yang tidak mengkhianatinya (tidak curang), dan wanita yang tidak mengkhianati hartanya pada perkara yang dibenci."[Riwayat Abu Daud dan Nasai]

Wanita yang bertudung tetapi masih mendedahkan aurat di khalayak ramai merupakan wanita yang tidak serius menjalankan ketaatan kepada Allah. Wanita sebegini tidak mengamalkan ajaran Islam secara keseluruhan. Lantas bagaimana hendak dipilih menjadi calon isteri?

Cuba fikirkan sejenak..
Sedangkan perintah Allah SWT sanggup diabaikan inikan pula kita sebagai manusia biasa? Sudah pasti dengan mudah akan diingkari bukan? Pada masa itu, jangan hairan sekiranya kebahagiaan itu beransur-ansur hilang. Semuanya atas pilihan kita juga.

"Tapi jodoh sudah ditentukan! Kalau dia ditakdirkan untuk berkahwin dengan orang yang tidak menutup aurat secara sempurna, apa boleh buat.. memilih-milih pun tiada guna."

Ya.. jodoh memang sudah ditentukan oleh Allah. Allah sahajalah yang layak menyatukan hati-hati insan kerana hanya Dia yang mengetahui perihal hati. Kita jangan lupa bahawa jodoh atau ketetapan itu dijalankan dengan penuh keadilan oleh Allah SWT. Allah sesekali tidak akan menzalimi hamba-Nya. Allah tidak akan pernah mengecewakan hamba-Nya.

Lelaki baik yang beriman pasti akan berkahwin dengan perempuan baik yang beriman. Sebaliknya, lelaki yang tidak beriman akan berkahwin dengan perempuan yang tidak beriman juga. Itu janji Allah!

الْخَبِيثَاتُ لِلْخَبِيثِينَ وَالْخَبِيثُونَ لِلْخَبِيثَاتِ وَالطَّيِّبَاتُ لِلطَّيِّبِينَ وَالطَّيِّبُونَ لِلطَّيِّبَاتِ

"Wanita-wanita yang keji adalah untuk lelaki-lelaki yang keji, dan lelaki-lelaki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk lelaki-lelaki yang baik dan lelaki-lelaki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula)."[24:26]

Maka, sebagai wanita..
Periksalah diri anda.. Tutuplah aurat dengan sempurna.
Bersungguh-sungguhlah mentaati Allah dan Rasul-Nya.
Usahlah terlalu sibuk memikirkan siapa yang bakal menjadi pasangan hidup kita,
sehingga lupa untuk sibuk memikirkan siapa diri kita di sisi Allah..
Kerana sikap diri kita hari ini menentukan sikap pasangan kita kemudian hari.


credit to: iluvislam.com

Friday 24 May 2013

Lelaki dan Wanita berPurdah



Kisah ini berlaku sewaktu aku di Madinah. Suatu hari aku berjalan melalui pasar. Sebaik saja muazzin melaungkan azan, aku terlihat seorang wanita. Wanita itu ganjil cantiknya. Dia berpaling kepadaku seolah-olah tahu bahawa aku merenungnya. Malah dia memberikanku anggukan kecil penuh bermakna sebelum wanita itu berpusing di satu sudut menuju ke lorong penjual sutera.

Bagaikan terkena panahan halilintar, aku serta-merta tertarik, hatiku terpukau dengan wanita itu. Dalam kepayahan aku berdebat dengan hatiku, memberikan satu demi satu alasan untuk meneruskan langkahku ke masjid memandangkan masanya telah tiba untuk solat, namun perdebatan ternyata gagal. Aku memutuskan untuk mengikut wanita tersebut.

Aku bergegas mengejar wanita itu, nafasku pantas dan mengah manakala wanita itu tanpa disangka mempercepatkan langkahnya. Dia telah berada jauh beberapa kedai di hadapan. Dia memaling wajahnya seketika padaku, terasa kudapat melihat cahaya senyuman nakal wanita itu dibalik purdah hitamnya. Adakah ini khayalanku sahaja? bisik hatiku. Akalku seolah-olah tidak berfungsi pada waktu itu.

Siapakah wanita itu?

Aku memantaskan langkahku dan memasuki lorong dimana wanita itu dilihatku masuk. Dan seterusnya wanita itu mengimbau aku, sentiasa dihadapan, masih tidak dapat dikejar, semakin jauh dan jauh dari mana kami mula-mula bersua. Perasaanku tambah membuak.

Adakah wanita itu orang gila?

Semakin jauh nampaknya wanita itu berjalan hingga ke penghujung bandar. Mentari turun dan tenggelam, dan wanita tersebut masih berada jauh di hadapanku. Sekarang, kami berada di tempat yang tidak disangka, sebuah perkuburan lama.

Kalaulah aku siuman seperti biasa, pasti aku akan merasa gementar, tapi aku terfikir, tempat yang lebih ganjil dari ini biasa dijadikan tempat pasangan kekasih memadu asmara. Dalam 60 langkah di antara kami aku melihat wanita itu memandang ke arahku, menunjuk arah, kemudian turun ke tangga dan melalui pintu bangunan sebuah kubur tua.

Kalaulah aku tidak diamuk senyuman wanita itu tadi, pasti aku berhenti sebentar dan memegun masa, tapi sekarang tiada guna berpaling arah, aku menuruni tangga tersebut dan mengekori wanita itu ke dalam bangunan kubur itu. Di dalam bilik bangunan kubur itu, kudapati wanita itu duduk di atas ranjang yang mewah, berpakaian serba hitam masih berpurdah, bersandar pada bantal yang diletak pada dinding, diterangi cahaya lilin pada dinding bilik itu. Di sebelah ranjang itu, aku terpandang sebuah lubang perigi. Kuncikan pintu itu, kata wanita itu, dengan suara yang halus gemersik seumpama berbisik, dan bawakan kuncinya. Aku akur.

Buangkan kunci tersebut ke dalam perigi itu, kata wanita itu. Aku tergamam sebentar, kalaulah ada saksi di situ, pasti saksi itu dapat melihat gamamku. Buang-lah, ujar wanita itu sambil ketawa, tadi kau tidak berfikir panjang untuk meninggalkan solatmu untuk mengekoriku kemari? Tempelak wanita itu lagi. Aku diam.

Waktu maghrib sudah hampir selesai, kata wanita itu bernada sedikit menyindir. Apa kau risaukan? Pergilah buangkan kunci itu, kau mahu aku memuaskan nafsumu, bukan? Aku terus membuang kunci pintu tersebut ke dalam perigi, dan memerhatikan kunci itu jatuh. Perutku terasa bersimpul tatkala tiada bunyi kedengaran ketika kunci itu jatuh ke dalam lantai perigi. Aku berasa kagum, kemudian takut.

Tiba masanya untuk melihat aku, kata wanita tersebut, dan dia mengangkat purdahnya untuk mendedahkan wajah sebenarnya. Bukan wajah segar seorang gadis remaja, tapi kehodohan wajah yang mengerikan, jijik, hitam dan keji, tanpa satu zarah cahaya kelihatan pada alur kedut ketuaannya. Pandang aku sungguh-sungguh, kata wanita itu lagi.

Namaku Dunia. Aku kekasihmu. Kau habiskan masamu mengejarku , sekarang kau telah memiliki diriku . Didalam kuburmu. Mari. Mari. Kemudian wanita itu ketawa dan ketawa, sehingga dia hancur menjadi debu, dan lilin itu padam satu demi satu, dan kegelapan menyelubungi suasana.

copied from : myheppi [http://sahabatraudhah.blogspot.com]

:: fikirkan ya sahabat, jika kita kejar dunia, akhirat tinggalkan kita..jika kita kejar akhirat, dunia follow kita :: 

Manusia Melanggar Dosa !

                                              Assalamualaikum w.b.t sahabat fillah sekalian




Sedikit coretan dari hamba yang hina ini untuk kesedaran bersama. Hasil coretan ini diadaptasi dari buku
"Kenapa Allah Murka". Saya berharap agar dengar coretan ini sedikit sebanyak dapat memberi menafaat  buat kita semua. In sha Allah

Baginda SAW bersabda,'' Samapaikanlah walaupun sepotong ayat "

Di warung-warung gebang dosa sehari diraih sebanyaknya.
Cukup kopi secawan lumba-lumba bentang berita terkini
Serakah tokoh kebencian tanpa bukti dan saksi

Cerita penglipur lara pelosok mukmin
sensasi dilukis sebegitu hina
potret jalang artis manis dijual
dengan fitnah dan rempah tambah berbekal sebaris gosip cinta
dan jua secebis prasangka.

Peluru caci tembakan nista
berpuing-puing membedil wibawa dosa di atas pentas siasan tampak suci
dibalut keharusan fatwa spontan.. lupa pada kiraman katibin

di sebalik tabir kota malam
selenggara dosa dirasakan enak
dalam ulitan nafsu jahil yang hatinya telah buta
pada azab sengsara neraka.

:: fikirkan::

" Dan bagi tiap-tiap umat ada arah (kiblat) yang masing-masing menujunya ;oleh itu berlumbalah kamu mengerjakan kebaikan kerana di mana sahaja kamu berada maka Allah tetap akan membawa kamu semua (berhimpun di hari akhirat untuk terima balasan) ; sesungguhnya Allah Maha Berkuasa atas tiap-tiap sesuatu"

[Al-Baqarah 2:148]



Thursday 23 May 2013

Emosi Plus Emosi = Amarah !!

                                           Assalamualaikum sahabat fillah sekalian..

Menongkah pascamodenisme , manusia kian leka dalam mengejar harta duniawi hingga akhirat yang hakiki  jauh terkebelakang. Kenapa ini jadi? fikirkan dan muhasabah. Sampai bila kita mahu Islam terus ditindas....

    Berbalik kepada tajuk, kadang-kadang banyak post-post di FB (facebook) mahupun di komen-komen yang tertera di FB yang x enak didengar, bergaduh sana sini. Tutur yang baik tiada dijaga, amarah menjadi medan utama. Nafsu mengatasi Ilmu dalam berbicara. sehinggalah post-post atau kata-kata yang tidak menyenangkan terkeluar.

contoh ::
" engkau ni ba** la. kau ingat pihak kau bagus sangat ke" ,
" kau apahal hah, puk*ma* "
" F*** kau "
dan mcm2 lagi !! ---:: [ cuba lihat dalam post2 politik ] sedih ;(

Sahabat, tanpa kita sedari, kata-kata tersebut sedikit sebanyak telah mengguris hati banyak pihak. Kata makian telah diguna pakai dalam memberikan pandangan. Tidak bolehkah kita tukar ? kita ubah ? ubah ke arah yang lebih baik. Berkongsi pendapat dalam suasana yang baik !! Sampai bila umat Islam di Malaysia masih mahu begini.  kadang-kadang saya sedih atas apa y berlaku. Beginikah Islam ajar kamu dalam berbicara? tidak bukan ...


Kawalah amarah kamu dalam berbicara. Jangan biarkan NAFSU mengatasi ILMU dalam berbicara. Betulah kata Imam Syafie, " Lidah itu lebih tajam dari mata pedang "

BENCANA LIDAH
jika tidak dijaga mudah untuk mehancurkan perasaan seseorang
jika tidak dijaga mapu mehancurkan sesebuah organisasi
lidah yang tidak bertulang itu lebih tajam dari mata pedang
plus asbab lidah jika x dijaga akan mnjadikan jalan mudah untuk ke neraka .nauzubillah


ingat sahabat kata-kata ini. 
               EMOSI + EMOSI = AMARAH

Baginda S.A.W bersabda :
              " Mukmin yang kuat itu bukan yang kuat berlawan tapi mereka yang dapat menahan amarahnya "


Created by : Tengku Muhammad Solihin





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...