Assalamualaikum sahabat fillah sekalian..
Menongkah pascamodenisme , manusia kian leka dalam mengejar harta duniawi hingga akhirat yang hakiki jauh terkebelakang. Kenapa ini jadi? fikirkan dan muhasabah. Sampai bila kita mahu Islam terus ditindas....
Berbalik kepada tajuk, kadang-kadang banyak post-post di FB (facebook) mahupun di komen-komen yang tertera di FB yang x enak didengar, bergaduh sana sini. Tutur yang baik tiada dijaga, amarah menjadi medan utama. Nafsu mengatasi Ilmu dalam berbicara. sehinggalah post-post atau kata-kata yang tidak menyenangkan terkeluar.
contoh ::
" engkau ni ba** la. kau ingat pihak kau bagus sangat ke" ,
" kau apahal hah, puk*ma* "
" F*** kau "
dan mcm2 lagi !! ---:: [ cuba lihat dalam post2 politik ] sedih ;(
Sahabat, tanpa kita sedari, kata-kata tersebut sedikit sebanyak telah mengguris hati banyak pihak. Kata makian telah diguna pakai dalam memberikan pandangan. Tidak bolehkah kita tukar ? kita ubah ? ubah ke arah yang lebih baik. Berkongsi pendapat dalam suasana yang baik !! Sampai bila umat Islam di Malaysia masih mahu begini. kadang-kadang saya sedih atas apa y berlaku. Beginikah Islam ajar kamu dalam berbicara? tidak bukan ...
Kawalah amarah kamu dalam berbicara. Jangan biarkan NAFSU mengatasi ILMU dalam berbicara. Betulah kata Imam Syafie, " Lidah itu lebih tajam dari mata pedang "
BENCANA LIDAH
jika tidak dijaga mudah untuk mehancurkan perasaan seseorang
jika tidak dijaga mapu mehancurkan sesebuah organisasi
lidah yang tidak bertulang itu lebih tajam dari mata pedang
plus asbab lidah jika x dijaga akan mnjadikan jalan mudah untuk ke neraka .nauzubillah
ingat sahabat kata-kata ini.
EMOSI + EMOSI = AMARAH
Baginda S.A.W bersabda :
" Mukmin yang kuat itu bukan yang kuat berlawan tapi mereka yang dapat menahan amarahnya "
Created by : Tengku Muhammad Solihin
No comments:
Post a Comment